You are the center of my life



Hello peeps! Lama sudah saya tak update blog. Berhabuk sudah -_- Hari ini saya nak luahkan perasaan yang memang lama terpendam dalam hati. Topik ni pasal seseorang yang bermakna dan mengajar saya erti cinta :) Dulu masa couple dengan dia memang saya tak pernah nak menghargai dia. Dia sayang saya melebihi permintaan saya tapi saya tak pernah perdulikan dia sehingga suatu hari saya bawa dia BREAK-UP! Alasan saya mungkin dia jauh. Selepas sebulan berpisah saya rasa ada kekosongan dalam hari2 saya. Saya tak dapat lagi panggilan dia lewat pagi. Saya tak dapat lagi mesej dia yang kata "Gudnite niey". Saya masih ingat lagi perkataan yang dia sebut dulu "Thanks God that I found you" :( Saya tak pernah terbayang yang saya akan menderita seperti ini selepas kehilangan dia. Saya ada contact dengan dia tapi kalau dia nak layan dia layan kalau dia tak nak layan langsung tak layan. Teruk sangatkah saya pada dia? Mungkin betul cakap dia yang saya akan mendapat balasan sepertimana saya telah menyakiti hatinya dulu. Sekarang walaupun dia sudah tak cintakan saya, saya masih cintakan dia dan lebih cintakan dia. Saya menunggu dia untuk menerima saya kembali dalam hidup dia. Tapi saya rasa mungkin tiada jodoh antara kami. Sekarang barulah saya sedar yang dia amat bermakna bagi saya. Saya berharap sangat dapat menjadi seseorang yang istimewa buat dia lagi. Harapan saya terlalu tinggi sangatkah? Saya masih mahu cintakan dia walaupun dia tak cintakan saya. Bolehkah saya menangis untuk dia? :'( Saya berharap sangat dia bagi saya peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan saya dulu. Adakah saya layak untuk bersama dengan dia kembali selepas apa yang saya buat pada dia. Saya berharap dia baca blog ni agar dia tahu perasaan saya terhadap dia. He's a part of my life ;) Bukakanah sedikit hati dia agar menerima saya kembali. Dialah insan yang paling saya cintai sekarang dan selamanya. :D Okay itu saja yang saya nak kongsikan bersama kamu semua. Saya harap dia rasakan apa yang saya rasakan. +.+



I LOVE YOU MR.Y! <3